Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami menawarkan perkhidmatan penyewaan homestay @ guest house @ rumah persinggahan untuk disewa secara harian, mingguan atau bulanan. Kami mempunyai 2 buah rumah yang sedia menerima kedatangan anda di Melaka Bandaraya Bersejarah. Dengan 2 buah rumah ini, ianya menawarkan anda dan keluarga pilihan penginapan mengikut kesesuaian lokasi dan keperluan penginapan masing-masing.

Kami turut mempunyai laman web www.nurhomestay.com walaubagaimana pada masa sekarang kandungannya adalah mengenai cawangan pertama. Kami akan kemaskinikan dengan memasukkan cawangan ke dua di dalam laman web ini tidak lama lagi.

Terma & Syarat

1. Bayaran dalam Ringgit Malaysia secara tunai sewaktu mendaftar masuk (Check-In).

2. Check-In pada pukul 2.00 petang dan Check-out pada pukul 12.00 Tengahari.

3. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:

a. Tidak membawa barangan berharga bersama.

b. PASTIKAN semua pintu dan tingkap DITUTUP/KUNCI sebelum meninggalkan bilik/rumah atau tidur waktu siang dan malam.

c. Pelanggan amat digalakkan supaya menutup kipas, tv dan pendingin hawa bila meninggalkan bilik/rumah.

No comments:

Post a Comment